Semua anggota di dalam diri manusia kena diberi makan

Anggota lahir mahupun anggota batin

Kalau tidak semua anggota itu akan kelaparan

Ilmu adalah makanan akal, jasad makanannya adalah nasi, roti  dan sebagainya

Roh raja  di dalam  diri makanannya  adalah mengingati Tuhan (zikrullah)

Zikir di sini yang dimaksudkan bukan membaca ayat-ayat  

atau kalimah-kalimah dijadikan  zikir

Ini adalah bagi orang yang lalai atau bagi permulaan sebagai latihan

Zikrullah di sini ialah  mengenal Tuhan secara tepat

Hingga  terasa besar dan hebat

Takut dan cintakan Tuhan sebagai  hiburan

Jiwanya rasa bertuhan sentiasa hidup

Di masa bila dan di mana-mana sahaja   

Ertinya dia sentiasa bersama Tuhan

Faham kerja dan peranan Tuhan samada  lahirnya positif  mahupun lahirnya  negatif

Setelah ada ilmunya, dihayati pula jiwanya akan tenang

Apa sahaja yang berlaku dalam dirinya, dia terhibur

Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan malu dengan Tuhannya, tidaklah takbur

Mendapat ujian kesusahan, kemiskinan, kematian, kesakitan, sabar dia menerimanya

Dia merasa mendapat pahala dari Tuhannya atau dosanya dihapuskan

Senang hatinya dengan kesusahan-kesusahan itu

Mendapat pahala atau penghapusan dosa  tentulah jiwanya  terhibur

Kalau tidak, akan masuk Neraka yang amat bahayanya  dan dahsyatnya

Apa sahaja yang dia hajatkan yang berbentuk kebaikan

kadang-kadang dapat kadang-kadang tidak

Adakalanya hendak mendapat seperti yang dia mahu

tapi dapat kurang daripadanya dia redha

Dia baik sangka dengan Tuhannya

Masa depannya dia serahkan kepada Tuhan di dalam dia berusaha

Dia boleh menerima apa sahaja ketentuan dari Tuhannya

Kecuali kekufuran dia tidak redha

Kesenangan orang dia rasa senang  kesusahan orang dia rasa derita

Hasad dengkinya tidak ada

Fahaman  seperti yang disebut  adalah makanan jiwa

Ia dianggap zikir kepada Tuhannya.

Siapa yang faham seperti yang diceritakan, dihayati  boleh di apply di dalam hidup

dia tidak akan ditimpa penyakit jiwa

Inilah  dia pertahanan diri daripada terlibat  dengan dadah

dan segala  gejala yang tidak sihat

 





Leave a Reply.

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All