Tuhan berilah aku kesabaran menunggu janji-Mu

Masukkanlah ke dalam hati aku rasa keindahan menunggu

Berilah aku keyakinan bahawa kemenangan itu pasti

Agar aku sabar dan tenang menunggu janji

Engkau jadikanlah musuh-musuh-Mu terseksa dengan masalahnya sendiri

Ketakutan yang tidak menentu

Engkau berilah kekuatan iman kepada pejuang-pejuang  yang telah tersaring

Serta ikatan hati satu sama lain yang padu

Aku yakin ini adalah di awal kurun Islam akan gemilang kembali

Engkau telah menjanjikan melalui lidah Nabi-Mu

Aku dan kawan-kawan datang berjuang melahirkan sebab-sebabnya

Moga-moga ia berlaku di tangan kami

Aku rasa tanda-tandanya telah ada

Tapi ramai orang tidak menyedarinya

Pejuang-pejuang politik telah menyiapkan diri

Mereka yakin kegemilangan Islam itu akan berlaku di tangan mereka

Engkau ada jalannya yang tersendiri

Buat satu jemaah yang telah Engkau tentukan

Takkanlah Engkau hendak mengikut jalan musuh-musuhmu

Sistem demokrasi bukan syariat-Mu

Aku yakin kemenangan Islam bukan dengan jalan itu

Engkau akan memperlihatkan kepada dunia satu hari nanti

Dunia akan gempar dan mengejutkan

 





Leave a Reply.

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All