Petikan : 
" Kecerdikan Ulugh Beg membina makmal untuk mengukur peredaran bumi mengelilingi matahari dan mengukur kedudukan bintang-bintang di cakerawala; membuktikan umat Islam juga mampu memiliki ilmu teknologi tinggi. " 


Pandai merupakan hasil dari belajar atau hasil usaha. Manakala cerdik pula adalah kurniaan Allah yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman yang hati mereka dipimpin oleh Allah . Ini bermaksud, untuk menjadi orang pandai, sesiapa pun boleh mengusahakannya termasuklah orang-orang kafir. Siapa yang menggunakan otak, memerah otaknya dan berfikir, pandailah dia. Tetapi walau bagaimana pandainya mereka sekalipun mereka tidak cerdik. Kerana cerdik itu Allah kurniakan hanya untuk umat Islam sahaja . Tetapi hal ini sudah dilupakan oleh seluruh umat Islam. Akhirnya apa yang berlaku, pandai pun tidak diperolehi apalagi bertaraf cerdik jauh sekali. Tidak ramai di kalangan umat Islam yang boleh dibanggakan kerana kecerdikannya. 
Kalau umat Islam hendak melawan musuh terutama orang-orang kafir dalam apa jua bidang, kalau sama-sama pandai boleh tahan juga. Tetapi apa yang berlaku, kita terpaksa belajar untuk menjadi pandai dari mereka. Sedangkan mereka sudah jauh lebih pandai dari kita. Umat Islam sudah jauh ketinggalan, oleh itu bagaimana kita hendak menghadapi situasi ini? Apakah kita boleh berdiam diri dengan hanya berasa bangga dengan kepandaian orang kafir? 

Sebenarnya selain dari umat Islam, mereka hanya boleh pandai saja tapi tidak cerdik. Sedangkan bersama Islam, orang boleh menjadi cerdik dan pandai. Proses menjadi cerdik dan pandai ini sangat cepat prosesnya. Tetapi oleh kerana kita hendak ikut Barat, kita boleh pandai saja. Sedangkan orang Barat sudah lebih dahulu pandai daripada kita . Bagaimana kita hendak kejar? Tidak mungkin kita boleh mendahuluinya. Tapi kalau hendak lonjak ke depan, kena diusahakan mencapai kecerdikan yang luar biasa; yang Allah kurniakan hanya kepada orang-orang yang beriman sahaja. 

Hal ini sudah tidak difahami, termasuklah pemimpin dan ulama-ulamanya. Dulu semasa dijajah, kita kata kita dikongkong. Jadi bagaimana hendak maju dalam berbagai bidang. Tetapi setelah kita` dibebaskan dari para penjajah menjadi sebuah negara yang merdeka, apakah negara kita lebih maju dari negara-negara orang kafir? 

Mari kita mengkaji sejarah. Cuba tengok Rasulullah SAW.Sewaktu baginda memimpin, baginda berhadapan dengan dua buah empayar besar yang menguasai dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Sedangkan bangsa Arab waktu itu hanya tahu bela kambing saja. Mereka suka berpindah-randah dan ramai yang buta huruf. Apa yang Rasulullah SAW lakukan? 

Bayangkan waktu itu Rasulullah SAW dilahirkan untuk memimpin satu bangsa yang tidak kenal huruf, terpaksa pula berhadapan dengan dua empayar yang menegakkan tamadun dunia, termasuk negara Arab jajahannya. Mungkin kalau berlaku kepada kita, awal-awal lagi sudah putus asa. Tetapi oleh kerana Allah kurniakan kecerdikan yang luar biasa, Rasulullah berjuang hanya 23 tahun saja dan berjaya pula menjadi empayar. Kerana kecerdikan Islam umat Islam waktu itu, akhirnya Rom dan Parsi iaitu dua buah kuasa besar dunia jatuh. Apakah umat Islam pada waktu ini tidak mahu lagi mengambil iktibar dari apa yang pernah Rasulullah SAW lakukan? Sepatutnya umat Islam belajar dari sejarah agar umat Islam hari ini menjadi suatu bangsa yang cerdik.
 





Leave a Reply.

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All