Semua anggota di dalam diri manusia kena diberi makan

Anggota lahir mahupun anggota batin

Kalau tidak semua anggota itu akan kelaparan

Ilmu adalah makanan akal, jasad makanannya adalah nasi, roti  dan sebagainya

Roh raja  di dalam  diri makanannya  adalah mengingati Tuhan (zikrullah)

Zikir di sini yang dimaksudkan bukan membaca ayat-ayat  

atau kalimah-kalimah dijadikan  zikir

Ini adalah bagi orang yang lalai atau bagi permulaan sebagai latihan

Zikrullah di sini ialah  mengenal Tuhan secara tepat

Hingga  terasa besar dan hebat

Takut dan cintakan Tuhan sebagai  hiburan

Jiwanya rasa bertuhan sentiasa hidup

Di masa bila dan di mana-mana sahaja   

Ertinya dia sentiasa bersama Tuhan

Faham kerja dan peranan Tuhan samada  lahirnya positif  mahupun lahirnya  negatif

Setelah ada ilmunya, dihayati pula jiwanya akan tenang

Apa sahaja yang berlaku dalam dirinya, dia terhibur

Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan malu dengan Tuhannya, tidaklah takbur

Mendapat ujian kesusahan, kemiskinan, kematian, kesakitan, sabar dia menerimanya

Dia merasa mendapat pahala dari Tuhannya atau dosanya dihapuskan

Senang hatinya dengan kesusahan-kesusahan itu

Mendapat pahala atau penghapusan dosa  tentulah jiwanya  terhibur

Kalau tidak, akan masuk Neraka yang amat bahayanya  dan dahsyatnya

Apa sahaja yang dia hajatkan yang berbentuk kebaikan

kadang-kadang dapat kadang-kadang tidak

Adakalanya hendak mendapat seperti yang dia mahu

tapi dapat kurang daripadanya dia redha

Dia baik sangka dengan Tuhannya

Masa depannya dia serahkan kepada Tuhan di dalam dia berusaha

Dia boleh menerima apa sahaja ketentuan dari Tuhannya

Kecuali kekufuran dia tidak redha

Kesenangan orang dia rasa senang  kesusahan orang dia rasa derita

Hasad dengkinya tidak ada

Fahaman  seperti yang disebut  adalah makanan jiwa

Ia dianggap zikir kepada Tuhannya.

Siapa yang faham seperti yang diceritakan, dihayati  boleh di apply di dalam hidup

dia tidak akan ditimpa penyakit jiwa

Inilah  dia pertahanan diri daripada terlibat  dengan dadah

dan segala  gejala yang tidak sihat

 
 
Memang di dalam hadis-hadis akhir zaman diceritalan hari zahirnya Imam Al Mahdi ialah hari Jumaat bulan haji, khatib sedang membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjidil Haram di Mekah, tetapi hidungnya berdarah kerana cuaca terlalu panas. Khatib itu turun dari mimbar dan naiklah khatib yang kedua untuk berkhutbah. Tetapi hidungnya juga berdarah, maka naiklah khatib yang ketiga, tetapi berdarah hidung juga. Demikianlah berlaku hingga 6 orang khatib mengambil tempat, tetapi semuanya berdarah hidung. Oleh kerana darah itu najis, maka batallah khutbah mereka semuanya. Terakhir, naiklah khatib ketujuh dan didapati hidungnya tidak berdarah, maka dialah yang menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi. Itulah petanda besar yang ditunggu ramai orang. Tetapi adakah tafsirannya begitu?

 
 
Dalam Islam, pemimpin yang boleh memimpin hidup kita itulah yang dikatakan mursyid. Istilah mursyid adalah dari perkataan mursyidun , maknanya orang yang memimpin. Wajib bagi setiap orang ada pemimpin yang memimpin dirinya, tidak kira sama ada dia ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam tau muallim. Lebih-lebih lagilah orang awam yang kurang ilmu dan kurang faham tentang Islam. Orang yang memimpin (mursyidun ), dia tidak sama dengan muallim. Juga dia tidak sama dengan ustaz atau guru. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka hanya memandang yang luaran. Tetapi mursyid yang boleh memimpin, Allah memang beri kepadanya ilmu-ilmu yang luar biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan sahaja dia boleh memimpin akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya, walaupun mursyid itu seorang yang tidak boleh hafal Al Quran dan tidak hafal Hadis. Sebab itu sebagaimana alim pun seseorang itu, dia mesti ada seorang pemimpin atau mursyid. 

 
 
Petikan : 
" Kecerdikan Ulugh Beg membina makmal untuk mengukur peredaran bumi mengelilingi matahari dan mengukur kedudukan bintang-bintang di cakerawala; membuktikan umat Islam juga mampu memiliki ilmu teknologi tinggi. " 


Pandai merupakan hasil dari belajar atau hasil usaha. Manakala cerdik pula adalah kurniaan Allah yang hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman yang hati mereka dipimpin oleh Allah . Ini bermaksud, untuk menjadi orang pandai, sesiapa pun boleh mengusahakannya termasuklah orang-orang kafir. Siapa yang menggunakan otak, memerah otaknya dan berfikir, pandailah dia. Tetapi walau bagaimana pandainya mereka sekalipun mereka tidak cerdik. Kerana cerdik itu Allah kurniakan hanya untuk umat Islam sahaja . Tetapi hal ini sudah dilupakan oleh seluruh umat Islam. Akhirnya apa yang berlaku, pandai pun tidak diperolehi apalagi bertaraf cerdik jauh sekali. Tidak ramai di kalangan umat Islam yang boleh dibanggakan kerana kecerdikannya. 

 
 
Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah wibawa umat Islam. Bila umat Islam tidak ada wibawa ertinya tidak ada kekuatan, lemah dan lumpuh. Akhirnya umat Islam seluruh dunia hari ini macam kain buruk atau debu-debu yang berterbangan yang tidak ada harga satu sen pun atau ibarat buih-buih di laut yang dipecah belahkan oleh ombak laut. Itulah yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, akibat dari itu umat Islam menjadi hina. Hina disebabkan dijajah tapi jajah bentuk baru bukan bentuk lama. Penjajahan bentuk lama bersifat fizikal, tapi bentuk baru ini, kalau orang itu tidak kuat dengan Tuhan tidak prihatin, bukan sahaja awamul muslimin, ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, bahkan ulama dan pemimpin Islam sudah anggap kita sudah merdeka hari ini padahal kalau kita prihatin umat Islam hari ini dijajah bentuk baru. Penjajahan secara bentuk baru inilah yang umat Islam termasuk pemimpin dan ulama tidak faham.Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini yang besar-besarnya ialah:


 
 
Anjing apabila diberi makan, dimanjakan, dibelai,

dibuat  baik dia akan sayang tuannya

Sekalipun makanan itu hanya tulang-tulang,

sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan

Dilahirkan kepadanya kasih sayang,

diusap-usap belakangnya ia akan taat setia

Diajar dan dididik ia akan mengikut arahan tuannya

Selepas itu ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya

Waktu di rumah ia jaga tuannya, waktu berjalan ia ikut tuannya


 
 
Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

 
 
Dalam iklim dunia yang sedang kritikal ini, di waktu manusia sedang mencari-cari jalan keluar kepada persoalan ini, apakah Islam tidak mempunyai formula untuk menyelesaikan kemelut dunia hari ini? Memandangkan percubaan demi percubaan melalui segala bentuk formula rekaan fikiran manusia telah dicuba dalam menangani gejala yang makin meruncing ini, namun hasilnya tetap mengecewakan.

 
 
Pernah ke orang besar lagi berkuasa bala takut dengannya?

Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!

Apakah orang-orang kaya bala bencana lari darinya?!

Kerana bala malu dengannya

Mereka tidak pernah ditimpa bala?

Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?

Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!

Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!

Yang kena hanya rakyat jelata sahaja

Semua manusia ditimpa bala,tidak ada kecualinya

Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia

Agar manusia sedar ada yang maha berkuasa yang menentukan nasib manusia

Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu satu sama lain tidak sama

Juga agar manusia itu sedar besar dan kaya macam mana sekalipun tidak ada kuasa

Ini menyedarkan manusia walau tinggi kedudukannya agar tawaduk dan merendah diri

Manusia,siapa pun dia, tetap hamba

Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang maha kuasa

Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya

 
 
Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya

Hanya diberi ilmu syariat-syariat yang lahir-lahir sahaja

Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya

Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sendiri

Orang lain sombong atau ego dia nampak,

pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa

Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa

padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang, dia tidak terasa satu kesalahan


 

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All