TANYA:assalamualaikum, saya nak tanya.. saya beli rumah second harga ASAL owner jual 50K, tapi pihak ketiga(pegawai bank@broker) tu mintak kami buat pinjaman 65K, lulus pinjaman 58600 + 1900(insurance) sekarang ni permasalahnya.. owner rumah yg lame hanya dapat 50K tu.. saya nak tau kemana pegi 8K tu lagi.. boleh ke saya dapat detail dari peguam yang urus kan tu?? (peguam tu dilantik dan di cari oleh si pegawai bank@broker penipu tu..
nak kate wang guaman saya bayar cash 10K untuk settle lawyer fee and bank fee.. sekarang ni adakah saya di tipu?? dan macam mane nak dpat kan detail pinjaman kite tu kemane??


JAWAB:miema, u boleh ke cawangan bank tersebut dapat loan acct statement. bila terbukti yang bank dah buat fully disbursement. u jumpa balik lawyer yg menguruskan rmh tadi dan tanyakan mana duit 8.6K tadi. kadang2 dlm SnP ada clause yg tertulis yang bank akan issue cheque ke atas legal firm then baru legal firm tersebut issue cheque pada Seller. Since buyer dan seller tak dapat duit markup maka mmg sahih dah di songlap oleh lawyer dan pegawai bank tersebut. Oleh itu silalah membuat laporan kepada bar council, HQ bank tersebut dan bank negara.

TANYA..saya dah tanya pade lawyer die cakap kes dah settle.. duit yg lagi 8.6K tu dah kasi pade broker.. macam mane boleh jadi mcm ni sedangkan broker saya dah kasi 1.5K and owner lame dah kasi 2K pade die.. still die nak makan duit tu.. boleh ke saya dapat duit tu balik?? and mcam mane cara yg betol erk tok dapat kan duit tu balik???

JAWAB:miema, nampaknya macam ada konspirasi penipuan yang di dalangi oleh lawyer, banker dan broker. Heran betul macam mana lawyer boleh beri duit markup pada broker. Minta lawyer surat dan bukti seperti salinan cheque yang menyatakan 8.6K itu telah diberikan pada broker. Jika pihak lawyer tidak mahu berkerjasama, sila buat laporan polis, adu pada HQ bank tersebut dan BNM, bar council.
Jika lawyer mengeluarkan surat tersebut, sila contact broker tadi dan tanyakan apa hak dia ambil 8.6K. Minta balik duit dari dia kalau dia tidak mahu return balik duit tu, sila buat laporan polis, adu pada HQ Bank, dan BNM, bar council. Kalau broker ini berdaftar dengan mana2 syarikat kita adukan juga

JAWAB:nampak macam miema mmg kena tipu. kenapa pulak miema sebagai pembeli kena bayar duit kat broker..? sepatutnya hanya penjual yg akan bayar broker…saya sarankan walaupun miema takde/hilang/koyak bukti-bukti yang kukuh, ugut lawyer tu untuk laporkan kes ni pada polis. heret pegawai bank tu sekali. bagitau kat dorg yang penjual akan bagi keterangan bagi pihak miema yang dia hanya jual rumah pada harga rm50k shj… 
 


Comments

muhammad farhan
03/08/2014 10:07am

Saya telah menandatangani perjanjian s&p dan telah membayar deposit 10% dan lawyer fees pada peguam saya pada disember 2012.malangnye kesilapan saya pada masa itu saya gagal mendapatkan pembiayaan dari mana2 bank(kesilapan saya sendiri tidak periksa status pinjaman sebelum sign s&p).jadi saya telah menulis surat tentang pembatalan jual beli tersebut.peguam saya berjanji akan memulangkan duit saya.setelah beberapa bulan mendesak agar dipulangkan deposit saya akhirnya peguam tersebut mengisukan cek sebagai pembayaran semula duit saya.malang bagi saya cek tersebut cek tendang, tidak laku.malah pejabat firma guaman tersebut telah tutup.saya telah membuat laporan polis namun sampai sekarang tiada apa2 maklum balas dari pihak polis.saya telah penat turun naik tangga ke sukaguam,biro tatatertib peguam,biro aduan awam.namum tiada penyelesaian.maklumat yang saya dapat peguam tersebut telah digantung lesen akhir tahun 2012 dimana selepas saya menandatangani perjanjian jual beli.sampai sekarang saya jadi buntu.apa yang perlu saya lakukan

Reply



Leave a Reply

    Author

    Raja Marzuqi T.Mansor
    Ejen Hartanah Nilaiharta Consutant Sdn. Bhd.(564594-u)
    p.  019 -748 -769- 7
    e.   jugra786@gmail.com

    Raja Marzuqi 
    bin
    Raja Mansor 
    bin 
    Raja Abdul Samad 
    bin
    Raja Wok 
    bin 
    Raja Kahar 
    bin 
    Sultan Abdul Samad 
    bin 
    Raja Abdullah 
    bin
    Sultan Muhammad
    bin 
    Sultan Ibrahim 
    bin 
    Raja Lumu 
    bin 
    Upu Daeng  Chelak 
    bin 
    Upu Tanderi Bureng Daeng Rilaga 
    bin 
    Upu Lamadusellah (LOWOK) 
     

    Archives

    November 2012
    October 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012

    Categories

    All
    Harun Yahya

      “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan abadi” . Dan mereka lakukan di sana apa yang mereka lakukan dalam dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka”. Ibadat yang dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri, dengan diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati.Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menghadap kepadanya dan para sahabat, kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara andainya kamu ketepikan maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui saat itu. Tidak terserlah zina pada suatu kaum sehingga mereka melakukan terang-terangan kecuali mereka akan ditimpa taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka dimusnahkan oleh penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu. Dan tiada mereka mengurangi sukatan dari timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dansusah mencari rezekidan berlaku zalim daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tiada mengeluarkan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka hujan dari langit. Jika tiada binatang, tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT. Dan tiada mereka mungkir janji Allah dan Rasulnyakecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan di saat itu Allah jadikan peperangan sesama mereka.