Laporan Penilaian adalah penting dalam proses kelulusan sesuatu pinjaman.  Walau bagaimanapun, bagi sesetengah bank mereka mungkin tidak mewajibkan semua permohonan disertakan dengan laporan penilaian tetapi sekadar semakan dengan penilai yang dilakukan bank berkenaan dan ini biasanya melibatkan hartanah bernilai rendah sahaja.  Oleh itu, sekiranya anda mendapatkan pinjaman dari bank sila pastikan sama ada anda akan dikenakan caj untuk penilaian dan jika ya, sila dapatkan salinan laporan penilaian tersebut.

Secara ringkasnya, kandungan Laporan Penilaian biasanya adalah seperti berikut:-

  • Pengenalan – biasanya mengandungi rujukan dan maklumat pihak yang memberikan arahan untuk penyediaan seperti bank atau klien (bakal peminjam).
  • Tarikh lawatperiksa hartanah dan tarikh penilaian – kebiasaannya adalah tarikh yang sama.
  • Maklumat Hakmilik – sama ada hakmilik individu telah dikeluarkan atau belum dan jika sudah maklumat seperti No. Hakmilik, No. Lot, Syarat Nyata, Pemilik berdaftar dll.
  • Penerangan Lokasi Maklumat Hartanah – lokasi hartanah berkenaan dinyatakan dengan terperinci dari kawasan lokaliti sehingga nama jalan hadapan hartanah serta alamat pos hartanah berkenaan.
  • Perkhidmatan Yang Wujud Di Kawasan Hartanah Berkenaan – sama ada hartanah disambungkan dengan bekalan api, air dan wujudnya perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan sebagainya.
  • Maklumat Perancangan dan Gunatanah
  • Asas dan Kaedah Penilaian Yang Digunakan
  • Maklumat Hartanah Perbandingan – menunjukkan hartanah sebandingan lain yang digunakan sebagai perbandingan dengan hartanah berkenaan yang dinilaikan.  Kebiasaannya adalah hartanah serupa melainkan tidak wujud transaksi hartanah serupa maka hartanah yang sebanding akan digunakan tetapi pelarasan akan dilakukan.
  • Penentuan Nilai Pasaran – Mukasurat penting di mana penilai memberikan pendapat tentang nilaian berdasarkan maklumat semasa lawatperiksa dan juga perbandingan dengan hartanah serupa/sebanding.
  • Lampiran (Pelan Lokasi, Pelan Lantai, Gambar hartanah, dll)
Walaupun ini merupakan maklumat yang perlu dan sangat berguna untuk mereka yang berkenaan namun kebiasaannya sesetengah bank hanya terus merujuk kepada kandungan terakhir iaitu “Nilai Pasaran” tanpa melihat dengan lebih lanjut maklumat hartanah berkenaan yang kadangkala boleh mengandungi kesilapan berbanding maklumat yang dimiliki oleh bank.  Contohnya adalah maklumat hakmilik hartanah dan juga penerangan tentang hartanah itu sendiri.

Bagi anda yang mendapatkan khidmat penilaian untuk penyediaan Laporan Penilaian ini, anda juga seharusnya menyemak maklumat-maklumat tersebut semasa mendapatkannya dari pihak penilai atau sebelum menyerahkannya kepada bank.

Dari segi fee penilaian, anda boleh merujuk kepada skala penuh fi di laman web Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah yang mana tertakluk kepada fi minimum RM400.  Sebaiknya dapatkan quotation dari penilai atau bank untuk penilaian ini dan jangan takut untuk cuba meminta diskaun jika nilai hartanah anda adalah tinggi.

 


Comments




Leave a Reply

    Author

    Raja Marzuqi T.Mansor
    Ejen Hartanah Nilaiharta Consutant Sdn. Bhd.(564594-u)
    p.  019 -748 -769- 7
    e.   jugra786@gmail.com

    Raja Marzuqi 
    bin
    Raja Mansor 
    bin 
    Raja Abdul Samad 
    bin
    Raja Wok 
    bin 
    Raja Kahar 
    bin 
    Sultan Abdul Samad 
    bin 
    Raja Abdullah 
    bin
    Sultan Muhammad
    bin 
    Sultan Ibrahim 
    bin 
    Raja Lumu 
    bin 
    Upu Daeng  Chelak 
    bin 
    Upu Tanderi Bureng Daeng Rilaga 
    bin 
    Upu Lamadusellah (LOWOK) 
     

    Archives

    November 2012
    October 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012

    Categories

    All
    Harun Yahya

      “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan abadi” . Dan mereka lakukan di sana apa yang mereka lakukan dalam dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka”. Ibadat yang dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri, dengan diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati.Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menghadap kepadanya dan para sahabat, kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara andainya kamu ketepikan maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui saat itu. Tidak terserlah zina pada suatu kaum sehingga mereka melakukan terang-terangan kecuali mereka akan ditimpa taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka dimusnahkan oleh penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu. Dan tiada mereka mengurangi sukatan dari timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dansusah mencari rezekidan berlaku zalim daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tiada mengeluarkan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka hujan dari langit. Jika tiada binatang, tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT. Dan tiada mereka mungkir janji Allah dan Rasulnyakecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan di saat itu Allah jadikan peperangan sesama mereka.