Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."
"Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)."

"Kemudian baginda (Nabi) diam"

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah] 

Huraian:

Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini telah berlalu.

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4Khulafa' Rashidin. Zaman ini juga sudah berlalu.

Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'mengigit'. 'Mengigit' di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang.Kemudian, setelah berlalunya fasa keempat, akan datang pula fasa ke-5. 

Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa 5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah terdiam. Dan diam tersebut bermaksud 'sejarah manusia sudah tamat'.

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah al-Masih ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman.

Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. 

Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG. Sebelum munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 dan seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia.

Wallahua'lam..
 


Comments




Leave a Reply

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All