Memang di dalam hadis-hadis akhir zaman diceritalan hari zahirnya Imam Al Mahdi ialah hari Jumaat bulan haji, khatib sedang membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjidil Haram di Mekah, tetapi hidungnya berdarah kerana cuaca terlalu panas. Khatib itu turun dari mimbar dan naiklah khatib yang kedua untuk berkhutbah. Tetapi hidungnya juga berdarah, maka naiklah khatib yang ketiga, tetapi berdarah hidung juga. Demikianlah berlaku hingga 6 orang khatib mengambil tempat, tetapi semuanya berdarah hidung. Oleh kerana darah itu najis, maka batallah khutbah mereka semuanya. Terakhir, naiklah khatib ketujuh dan didapati hidungnya tidak berdarah, maka dialah yang menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi. Itulah petanda besar yang ditunggu ramai orang. Tetapi adakah tafsirannya begitu?
Kata BUJ, kalau nak tunggu 6 khatib Jumaat berdarah hidung lalu turun sehingga naik khatib ke tujuh yang tak berdarah, tak mungkin terjadi. BUJ yang sangat menanti ketibaan Imamul Mahdi selalu menonton khatib Masjid Haram bersolat Jumaat dengan berkipas angin, malah sebenarnya ada aircond yang boleh diangkat. Situasi yang tak mungkin khatib itu berdarah hidung kerana kepanasan. Bahkan tak pernah dengar khatib Masjidil Haram sebegitu sebab suhunya tak sampai panas sedemikian. Maka BUJ tertanya-tanya. Lalu BUJ diberi faham, inilah yang kita ingin kongsikan.

Terkini bilamana Sy Nik Hisyamuddin membawa senarai raja-raja Saudi kepada BUJ, raja sekarang ialah Raja ke enam dan yang baru meninggal ialah Putera Mahkota, seorang yang paling diharapkan oleh AS dan Israel naik menggantikan Raja Abdullah. Raja sekarang telah sangat uzur. Yahudi tak boleh masuk campur. BUJ diberi faham apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut ialah Khatib/Imam itu ialah pemerintah, pemimpin. 6 khatib berdarah hidung itu umpama 6 raja yang tidak layak memimpin, Jadi yang ketujuh ialah Imamul Mahdi. Inilah hakikatnya iaitu sudah 6 org Raja Saudi semuanya tak layak menjadi Imam, maka yang ketujuh adalah seorang dari Bani Hasyim, kaum Quraish. Demikian kebesaran dan kepimpinan Abuya membuka ilmu ini kepada kita. Selama ini tengok TV khutbah Jumaat rupanya bukan Imam sembahyang Jumaat tetapi Imam pemerintah Saudi iaitu Raja Saudi. 

Tuhan juga jadikan Malaysia dan Indonesia yang merupakan tonggak Daulah Islamiyah di akhir zaman di Timur yang GM selalu sebut Malaysia 1 dan Malaysia 2, pemimpin ke dua-dua negara ini adalah pemimpin ke 6, menunggu pemimpin no 7. Apakah ini suatu kebetulan? Tidak sama sekali tidak. Ada maksud besar Tuhan di situ. Macamana Allah jadikan, Raja Saudi mula memerintah pada tahun 1932, Sukarno pula pada 1945 dan Tunku Abdul Rahman pula pada 1957 dengan jarak yang panjang berbeza, tiba-tiba sekarang serentak menunggu pemimpin yang ke tujuh. 



Senarai Raja Arab Saudi, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia

Senarai Raja Arab Saudi:

1. King Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud (1876 – 9 November 1953) ruled 1932[16]–1953

2. King Saud bin Abdul Aziz (15 January 1902 – 24 January 1969) ruled 1953–1964

3. King Faisal bin Abdul Aziz 

(April 1906 – 25 March 1975) ruled 1964–1975

4. King Khalid bin Abdul Aziz 

(13 February 1913 – 13 June 1982) ruled 1975–1982

5. King Fahd bin Abdul Aziz 

(16 March 1920 – 1 August 2005) ruled 1982–2005

6. King Abdullah bin Abdul Aziz 

(born 1 August 1924) ruling since 2005

7. ???????????????????????????????????????????????????????????

Senarai PM Malaysia:

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970)

2. Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein (1970-1976)

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976-1981)

4. Tun Dr Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

5. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi (2003-April 2009)

6. Dato’ Sri Najib (April 2009-?)

7. ??????????????????????????????????????????????????????????


Senarai Presiden Indonesia:

1. Sukarno 

(17 Ogos 1945-12 Mac 1967)

2. Jendral (Purnawirawan) Suharto/Soeharto (12 Mac 1967-21 Mei 1998)

3. Dr. Baharuddin Jusuf Habibie (21 Mei 1998-20 Oktober 1999)

4. Abdurrahman Wahid (Gus Dur) (20 Oktober 1999-23 Julai 2001)

5. Megawati Sukarnoputri (23 Julai 2001-20 Oktober 2004)

6. Susilo Bambang Yudhoyono (20 Oktober 2004- ?)

7. ?????????????????????????????????????????????????????????


 


Comments




Leave a Reply

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All