Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah wibawa umat Islam. Bila umat Islam tidak ada wibawa ertinya tidak ada kekuatan, lemah dan lumpuh. Akhirnya umat Islam seluruh dunia hari ini macam kain buruk atau debu-debu yang berterbangan yang tidak ada harga satu sen pun atau ibarat buih-buih di laut yang dipecah belahkan oleh ombak laut. Itulah yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, akibat dari itu umat Islam menjadi hina. Hina disebabkan dijajah tapi jajah bentuk baru bukan bentuk lama. Penjajahan bentuk lama bersifat fizikal, tapi bentuk baru ini, kalau orang itu tidak kuat dengan Tuhan tidak prihatin, bukan sahaja awamul muslimin, ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, bahkan ulama dan pemimpin Islam sudah anggap kita sudah merdeka hari ini padahal kalau kita prihatin umat Islam hari ini dijajah bentuk baru. Penjajahan secara bentuk baru inilah yang umat Islam termasuk pemimpin dan ulama tidak faham.Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini yang besar-besarnya ialah:

  1. Ideology telah menjajah syariat atau ideology telah menjadi syariat. Semua negara Islam menggunakan ideology dari yahudi menggantikan syariat Islam.
  2. Pendidikan sudah dijajah. Daripada pendidikan yang bertunjangkan iman di tukar kepada pendidikan sekuler yang tidak dikaitkan dengan iman yang tidak bertunjangkan Tuhan.
  3. Ekonomi dunia dahulu dikuasai umat Islam yang bersifat khidmat, bersih dari riba, monopoli dan penindasan kini dijajah oleh ekonomi yang besifat riba, penzaliman, penindasan dan monopoli,
  4. Kebudayaan Islam yang bersih sudah dijajah oleh kebudayaan yang kotor, maksiat, bahkan sesetengah hal, telah diganti oleh kebudayaan yang lucah.
Penjajahan yang berbetuk rohani dan maknawi ini bukan sahaja umat Islam tidak faham tapi ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, sebab itu umat Islam hari berbangga umat Islam merdeka tapi hakikatnya belum merdeka, sebab sebenarnya penjajahan sekarang bertukar dari penjajahan bentuk lama ke bentuk baru. Kalau dahulu berbetuk fizikal tapi sekarang berbentuk maknawi dan rohani. Ini hakikatnya yang sedang berlaku pada umat Islam pada hari ini.

Bagaimana untuk keluar dari kehinaan ini?
Tuhan dengan rahmat dan nikmatnya di bekalkan pada umat Islam Quran dan Sunnah, kalau kita faham Quran dan Sunnah, macamana terhinanya umat Islam, macamana terjajahanya umat Islam pasti ada jalan keluar. Pokoknya kita faham atau tidak, kalau kita faham Quran dan Sunnah ada jalan keluar. Tapi hingga hari ini para ulama termasuk pemimpin Islam seluruh dunia tidak nampak jalan keluar dan ubat yang Tuhan datangkan. Mereka tidak nampak lagi padahal ubat yang Tuhan bekalkan merupakan jalan keluar dari kehinaan. Kalau kita faham Quran dan Sunnah, hayati dan applykan dalam perjuangan kita maka Tuhan akan bela kita kembali sebagaimana yang pernah berlaku di zaman sahabat, tabiin, tabii tabiin sekitar 300 tahun selepas Rasulullah. Apakah ubat dan jalan keluar daripada kehinaan yang umat Islam tanggung apabila dijajah oleh barat dan yahudi secara maknawi dan rohani ini?

Tuhan ada menyebut di dalam Quran yang bermaksud;
Terjemahan; Akan didatangkan kehinaan itu di mana sahaja mereka berada kecuali tidak terhina orang-orang yang membuat perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia

Ayat di atas kalau kita tidak dapat fahami, tidak hayati dan tidak dapat perjuangkan maka tidak adalah jalan keluar bagi umat Islam bagi menghadapi kehinaan ini, moga-moga kita dapat faham, hayati dan perjuangkannya.

Kalau ayat ini dihayati dan diperjuangkan insya Allah dalam masa lima tahun akan selesai masalah umat Islam. Kita akan dapat kekuatan dari Tuhan bukan dari kita. Kalau kita amalkan dan perjuangkan ayat ini, walaupun pendek sahaja tapi besar maksudnya, beerti kita mendapat 90% kekuatan dari Tuhan. Kita hanya buat 10% sahaja manakala 90% lagi Tuhan akan buatkan.

Walaupun ayat ini pendek dan mudah terjemahannya, sebenarnya ini ialah intan berlian, ini adalah jalan keluar dari Tuhan, inilah rahmat dan nikmat dari Tuhan, ianya panduan besar untuk umat Islam di sepanjang zaman. Kalau pemimpin dan ulama faham dan diperjuangkan semula, umat Islam akan keluar dari kehinaan ini. Di saat umat Islam terhina, tidak ada wibawa, segala-galanya punah ranah, kalau hendak di bangunkan semula, ada jalan, Tuhan tunjukkan jalan iaitu dengan cara
1. hubungkan balik dengan Tuhan
2. hubungkan balik sesama manusia

Ayat ini kalau tidak difahami ilmunya tidak ada erti apa-apa. Moga-moga dari ayat inilah Tuhan akan pulihkan wibawa kita dan umat Islam akan diberi kekuatan semula, supaya semua yang hilang itu Tuhan akan kembalikan semula. Kalau yang hilang itu dapat dimiliki semula musuh-musuh Islam seperti amerika dan yahudi sudah jadi kecil. Tuhan yang maha besar. Mari kita hurai ayat ini. Kalau kita hendak berwibawa semula hubungkan diri dengan Tuhan dan sesama manusia.

Hubungan dengan Tuhan (Habluminallah)
Hubungkankan diri dengan Tuhan ini ada beberapa peringkat. Kalau tidak ikut peringkat-peringkat ini tidak dianggap berhubung dengan Tuhan walaupun kita bercaya Tuhan itu ada, ujud dan berkuasa. Ada beberapa peringkat perhubungan dengan Tuhan yang paling asas, di luar yang asas ini tidak dianggap berhubung dengan Tuhan.

1. Percaya ujudnya Tuhan, percaya Tuhan itu mempunyai sifat kesempurnaan yang tidak terhingga dan percaya maha suci Tuhan daripada mempunyai sifat-sifat kekurangan walaupun sebesar habuk.

Ini aqidah yang paling asas, perhubungan dengan Tuhan yang paling asas, kalau seseorang itu keluar dari itu dia bukan lagi orang Islam, bukan orang mukmin, ini paling asas. Tapi untuk umat Islam kembali berdaulat semula tidak cukuplah dengan yang asas ini. Itu sekadar jalan asas supaya tidak jadi kafir. Sekadar hendak pastikan imannya, itu hanya sekadar jangan orang itu jadi kafir. Peringkat pertama tadi sudah berhubung dengan Tuhan tapi tidak cukup, ia terlalu asas.

2. Percayakan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Tuhan , yang mana Tuhan mempunyai sifat-sifat yang sempurna iaitu 20 sifat, begitu juga mustahil bagi Tuhan berlawanan dengan sifat 20 itu dengan hujah aqli dan naqli, dengan nas Quran dan hadis.

Di sini tidak perlu dihurai panjang semua faham. Aqidah melalui sifat 20 itu popular pengajiannya di Malaysia, jadi tidak payah diulangi. Itupun tidak cukup , sekadar ada hujah, ada bukti, sifat-sifat Tuhan yang sempurna. Tahap ini tinggi sikit daripada tahap 1.

3. Orang Soleh .
Setelah dia kenal Tuhan, melalui tahap 1 dan 2, datanglah rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Tahap 3 ini pehubungan orang soleh dengan Tuhan. Siapa dapat tahap 3 ini dia sudah terhubung dengan Tuhan. Peringkat ini baru menjadi orang soleh belum jadi orang bertaqwa lagi. Di akhirat selamat, di dunia belum tentu. Kalau setakat ini hendak elak kehinaan di dunia tidak mampu lagi, hendak elak daripada musuh memperkotak katikkan tidak mampu lagi, sebab yang Tuhan akan tolong adalah orang bertaqwa, orang soleh belum lagi. Banyak ayat yang Tuhan cerita hendak tolong orang bertaqwa. Tidak ada ayat Tuhan mengatakan aku hendak tolong orang soleh, tapi di akhirat dia selamat tidak masuk neraka. Dia ke syurga walaupun hisabnya banyak tapi selamat di akhirat, di dunia tidak pasti sebab dia hanya jadi orang soleh bukan orang bertaqwa.

4. Orang bertaqwa.
Di akhirat selamat dari neraka di dunia dia tidak hina. Selain takut dan cinta Tuhan, rasa berTuhan di bawa ke mana-mana. Orang-orang beriman itu ialah yang teringatkan Tuhan dalam duduk, berdiri, bangun. Mereka bertafakur, bertambah lagi rasa berTuhan itu dan hatinya sentiasa hidup walau di mana berada samada di pejabat, dalam kenderaan, sedang makan dan sebagainya sentiasa terasakan kebesaran Tuhan. Rasa kehambaan, rasa kehinaan diri terasa, waktu makan, duduk, bekerja, di pejabat, terasa kebesaran Tuhan, terasa kecilnya diri. Ini perhubungan dengan Tuhan yang sudah bertaraf orang bertaqwa.

5. Muqarrabin, siddiqin .
Ini tahap yang paling tinggi. Orang yang mabuk, tenggelam dengan Tuhan. Kalau dia bukan pemimpin dia akan gila, tapi kalau dia pemimpin , Tuhan selamatkan. Macam Rasulullah, Khulafa Rasyidin. Kalau mereka sampai mabuk, tidak guna lagi. Jadi bagi para pemimpin Tuhan selamatkan dari mabuk. Macam imam mujtahid, sebab pemimpin itu berguna pada manusia, Tuhan jaga. Kalau dia bukan pemimpin, mujaddid, mujtahid, macam Uwais al qarni dia mabuk dengan Tuhan. Hendak jumpa orang pun tidak mahu, untuk dirinya sahaja dia selamat tapi tidak boleh hendak selamatkan orang lain. Inilah kategori Muqarrabin dan siddiqin. Ini peringkat wali-wali besar, rasul dan nabi.

Kalau ramai orang Islam bertaqwa, Tuhan akan serahkan dunia ini. Segala yang hilang Tuhan akan kembalikan, dunia akan diserahkan pada orang Islam. Pejuang-pejuang Islam melalui politik tidak pernah bercakap tentang hal ini. Kalau kita hendak selamat, hendak wibawa, hendak buang kehinaan, hendak dapatkan semua yang hilang, kita kena adakan hubungan dengan Tuhan. Hubungan kategori 1,2 tidak selamat. Kategory 3 orang soleh, di dunia tidak ada jaminan, tapi di akhirat selamat. Yang ke 4 yang selamat dan menyelamatkan. Bila ada orang bertaqwa ramai, orang Islam sama-sama dapat rahmat dan terbela,

Perhubungan dengan Tuhan yang paling utama ialah melalui solat . Ia merangkumi 3 cara perhubungan dengan Tuhan iaitu melalui perbuatan, perkataan dan perasaan, sebab itu solat wajib. Solat itu adalah perhubungan kita dengan Tuhan yang paling sempurna. Sedangkan perhubungan yang tadi tidak sekuat solat kerana ia hanya dengan ilmu dan perasaan sahaja, sebab itu solat tidak boleh tinggal, siapa tinggalkan solat dengan sengaja, jadi kafir. Sebab dia adalah 1 cara perhubungan dengan Tuhan yang sempurna melalui fizikal, perkataan dan perasaan.

Hubungan dengan manusia (Habluminannas)

Habluminannas yang besar dan utama mesti berbentuk jemaah dan global, tidak boleh sorang-sorang, kalau berseorangan tidak akan mampu untuk selamatkan umat.

Bagaimana caranya?
1.wujudkan jemaah.
2.Lahirkan sistem kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain
3.lahirkan perjuangan secara jemaah.

Yang lain itu kiaskanlah sahaja. Itu pakejnya. Itu yang dikatakan Sunnah Rasul yang paling besar. Sunnah yang lain itu kecil seperti sugi, celak, jubah, serban dan lain-lain. Manakala Sunnah yang paling besar ialah jemaah, pejuangan dan system dalam jemaah. Itu yang besar yang merupakan habluminannas.

Bila kita telah melakukan habluminallah kita setidak-tidaknya menjadi orang bertaqwa ertinya kita sah jadi orang Tuhan. Bila jadi orang Tuhan , Tuhan akan bela, Tuhan akan bertanggungjawab. Kita buat 10% Tuhan buat 90%. Kalau kita buat perhubungan sesama manusia, di semua aspek ertinya kita sudah ada kekuatan, mereka tidak boleh gugat, musuh hendak monopoli ekonomi kita sudah tidak mampu kerana kita ada jemaah, sistem sendiri dan perjuangan. Dari sinilah akan mempengaruhi orang lain ikut sama memperjuangkan sistem Islam. Tapi semua itu mesti di wujudkan hingga terserlah, Orang nampak cantik. Manusia akan ikut menerima sistem itu. Siapa pun hendak gugat tidak boleh sebab perhubungan kemanusiaan dalam jemaah itu rapat. Katalah orang Islam hendak keluarkan sabun, siapa hendak beli? orang kafir dan yahudi tidak beli, orang melayu beli sabun cina, sabun yahudi, dia tidak terikat dengan kita, walaupun dia Islam dia tak akan beli di kedai kita, dia akan beli di kedai orang lain, mudah sahaja. Tapi kalau kita ada jemaah, orang lain tidak beli pun tidak apa kerana kita ada jemaah, ada rangkaian, kita boleh gunakan rangkaian kita. Kalau orang pulaukan pun masih selamat. Kalau kita tidak mahu hina di dunia dan akhirat, buatlah perhubungan dengan Allah dan manusia. Inilah yang sepatutnya umat Islam usahakan dan perjuangkan.

 


Comments




Leave a Reply

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All