Dalam iklim dunia yang sedang kritikal ini, di waktu manusia sedang mencari-cari jalan keluar kepada persoalan ini, apakah Islam tidak mempunyai formula untuk menyelesaikan kemelut dunia hari ini? Memandangkan percubaan demi percubaan melalui segala bentuk formula rekaan fikiran manusia telah dicuba dalam menangani gejala yang makin meruncing ini, namun hasilnya tetap mengecewakan.

 
 
Pernah ke orang besar lagi berkuasa bala takut dengannya?

Yang kena timpa hanya orang-orang kecil sahaja?!

Apakah orang-orang kaya bala bencana lari darinya?!

Kerana bala malu dengannya

Mereka tidak pernah ditimpa bala?

Yang kena hanya orang-orang miskin sahaja?

Apakah raja-raja tidak ditimpa bala?!

Kerana bala malu dan hormat kepadanya?!

Yang kena hanya rakyat jelata sahaja

Semua manusia ditimpa bala,tidak ada kecualinya

Itulah dia keadilan Tuhan terhadap manusia

Agar manusia sedar ada yang maha berkuasa yang menentukan nasib manusia

Cuma bala bencana yang menimpa manusia itu satu sama lain tidak sama

Juga agar manusia itu sedar besar dan kaya macam mana sekalipun tidak ada kuasa

Ini menyedarkan manusia walau tinggi kedudukannya agar tawaduk dan merendah diri

Manusia,siapa pun dia, tetap hamba

Hamba yang kehidupannya tertakluk kepada Tuhan yang maha kuasa

Supaya tidak sombong dengan status kedudukannya

 
 
Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya

Hanya diberi ilmu syariat-syariat yang lahir-lahir sahaja

Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya

Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sendiri

Orang lain sombong atau ego dia nampak,

pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa

Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa

padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang, dia tidak terasa satu kesalahan


 
 
RASULULLAH SAW bersabda:

Terjemahannya: Sebaik-baik pekerjaan itu ialak pertengahan (sederhana)

Dalam mengertikan maksud Hadis ini, ramai ulama yang menganggap sederhana yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu sama dengan sederhana dalam pengertian orang-orang Melayu, yakni pertengahan. Iaitu satu keadaan yang tidaklah baik sangat dan tidak juga buruk sangat. Misalnya, wajahnya sederhana saja. Ertinya orang itu tidaklah cantik sangat dan tidak juga buruk sangat. Contoh yang lain, kehidupannya sangat sederhana. Ertinya, orang itu taraf hidupnya tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu miskin.


 
 
Tahun baru Islam Tuhan pilih bulan Muharram

Kerana di dalamnya berlaku beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam

untuk dikenang dan menjadi pengajaran

Diharamkan peperangan di bulan ini,

 kecuali musuh mengundang

Tahun baru Islam diambil sempena hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam

Muharram telah menempa sejarah gemilang, bagi pejuang-pejuang Tuhan

dan pejuang-pejuang kebenaran

Mereka diberi kemenangan besar, di bulan Muharram, yang patut dikenang

Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga, tapi di luar Muharram

Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi kemenangan besar-besaran

seperti yang diceritakan

Setelah cukup ketaqwaan mereka  dan setelah tinggi disiplin mereka

biasanya kemenangan itu diberi oleh Tuhan di bulan Muharram

Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi, angkanya, tarikhnya tidak sama,

ada 1 Muharram, ada 10 Muharram dan lain bilangan di dalam Muharram

Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada,

di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan

Yang penting diceritakan di sini apakah syarat-syaratnya

kemenangan itu dianugerahkan?!

Untuk panduan para pejuang setiap zaman, syarat-syaratnya penting diketahui

untuk diusahakan

1. Adanya pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.

2. Setelah pengikut-pengikutnya taat setia kepada pemimpinnya sehidup semati.

3. Kasih sayang dan perpaduannya sesama ahli terserlah sekali

4. Fikiran dan perasaan mereka selaras dan selari.

5. Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga.

6. Mereka menjadi abid-abid di waktu malam, menjadi singa-singa di siang hari.

7. Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh,

      bagaikan besi waja yang tidak dapat diganggu gugat

      oleh ujian dan cabaran.

8. Perjuangan mereka agak lama berterusan.

9. Setelah mereka menempuh ujian demi ujian kecil dan besar sebagai tapisan.

10. Maka berlakulah saringan, demi saringan, tapisan, demi tapisan dari ujian.

11. Mereka yang asalnya bilangannya ramai, setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan

12. Kalau pejuang-pejuang Islam diberi kemenangan setelah ramai bilangannya natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan.

13. Cara ini tidak nampak kebesaran dan kuasa Allah memberi kejayaan.

14. Dengan kemenangan mereka akan sombong, dan menzalim orang ramai sewenang-wenang.

15. Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga dan usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa.   

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala

diberi kemenangan di dalam sejarah Islam

Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu

biasanya Allah Taala anugerahkan

Untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman,

yang penting syarat-syarat kemenangan itulah yang hendak dipastikan

Berusahalah untuk memenuhi syarat-syarat kemenangan

Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan setelah syarat-syaratnya dipenuhkan  

Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya untuk menagih janji Tuhan,

kemenangan pasti datang seperti yang dijanji Tuhan

 
 
Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum. Kategori-kategori tersebut ialah:

1.           Orang yang abai

2.           Orang yang cuai

3.           Orang yang lalai

4.           Orang yang bertaqwa


 

    Archives

    March 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    June 2012
    May 2012

    Categories

    All